GUA MUSANG: Perjalanan empat sahabat dari Cameron Highlands menuju ke Kuala Terengganu pasti tidak dapat dilupakan apabila mereka terserempak dengan seekor harimau belang di Jalan Gua Musang-Lojing, di sini semalam.
Norra Haiyu Rashid, 44, berkata kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3.15 petang semasa keempat-empat mereka yang merupakan penjawat awam, baru balik dari menghadiri kursus di Cameron Highlands apabila terlihat harimau belang itu keluar dari kawasan semak dan berkeliaran di bahagian bahu jalan.
"Kami berhenti dan merakam kejadian itu dari dalam kereta, selepas 20 minit harimau belang itu masuk semula ke dalam semak," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata mamalia itu kelihatan kurus, malah pergerakannya tidak lancar seolah-olah cedera pada bahagian kaki, dan beliau telah membuat laporan kepada Jabatan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) hari ini.
Sementara itu Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkenaan kejadian itu.
"Anggota Perhilitan telah ke lokasi kejadian. Perangkap juga telah dipasang di kawasan sekitar untuk menangkap harimau berkenaan. Selain itu, rondaan berterusan turut dilaksanakan oleh anggota Perhilitan Gua Musang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2023
Pengarah Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani mengesahkan pihaknya telah menerima laporan berkenaan kejadian penampakan itu. - Gambar hiasan
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Hanya tinggal 50 harimau belang di Perak
Inventori bagi spesies-spesies tertentu terutamanya mamalia besar yang terancam turut melibatkan gajah dan seladang.